Saturday, 23 June 2012

~D.I.Y : Goodies bag~

Assalamualaikum
slamat pg
ari sabtu di site mmg membosankan
hehehe
masing2 ngular jew
masuk bkn main awal 
pastu g minum tak masuk2 dh

ok dh kelaut
berbalik pade tajuk entry kali nie
ingat tak aku ade cite pasal envelope  ritu??
dh terlebih mase dh kan korang berpikir2
dekat sebulan aku rase..
hehe

sebenarnye aku gune envelope utk wat goodies bag
korang biasa tak tgk org gune brown paper bag utk goodies bag???
tp aku nk warna putih n besar sbb isi dlm tu besauuuuuu~~
hehehe (cerewet gile aku nie)
memandangkan ssh nk cari
so aku pon DIY sendiri laaaaa

kata2 org yg memandang~~
ape ssh ko g la beli pper bag kat thankQ tu??
leceh gile nk wat nie sggp ko kan.....

ok aku mmg cerewet 
so kn la wat sendiri nk penuh kan kehendak hati
lg pon aku sshkan adik n mak aku jew
hehehehe
memandangkan adik aku tgh cuti
n mak aku tak byk keje kat opis
maka mereka membanting tulang membantu aku
thanks mak n wani~~
akk cyg korang sgt2

dan...dan...dan...
the main reason nape wat sendiri is
save bajet !!! 
besar.... tak kuar byk modal...tak nipis....
dan sgt kukuh sbb envelope tu dh sedia bergam
cume kn spend mase yg sgt byk 
n kn sgt2 saba~~ 

dh sgt byk bebel
tgk2 la mcm ne step aku wat bag nie

1. lipat ikut garis yg aku wat kat atas ukuran dia
 kiri  n kanan1 inci, bawah 1 inci. bawah lipat 2 kali utk base dia (abaikan jari tu)

klu tak celar kat atas..
tgk yg nie dh ade dot line

2. kemaskan sisi envelope nie..bucu masukkan ke dlm..
tak fhm korang tgk la pic nie..
3. bile dh kemaskan bucu sisi tu automatiik base bawah akk ikot same
so korang just kemas2 kan je jadi mcm kat atas nie...
4. lastly lipat sayap dia tu ke dalam..n double side tape kan...
siap ( lagi skali abaikan jari tu)
korang leh la buh ape yg korang nk
mcm aku nye give muat2 je letak dlm bag nie
so base nmpk cantik la
 mcm ne korang nk hias pokok dek korg la
masing creative kan

skang jom tgk bajet plak

envelope (beli sekali byk dapat murah = Rm 0.14) 
double sided tape                                                                  = Rm 0.15/sheet

dollies paper
(deco purpose)                                                                           = Rm 0.02/ sheet 

TQ ribbonn  (segulung dapat +-7)
Rm 3.50/7                                                                              = Rm  0.50

                                                                Total              = Rm 0.67/bag

jeng...jeng...jeng.... 
amacam??
tepuk dada tny hati
tp serius sape yg tegar saba 
leh la try wat mcm aku nie
bkn nak kata aku penyabar
tp memandangkan aku nye manpower ade
so brani la wat plan2
aku amik mase 2 bln stgh utk siapkan 1200 pc
nnt aku update pic bag yg dh siap ok!!!

till then
bye~bye




Thursday, 21 June 2012

~ Sya'ban kite bertemu lg~

assalamualaikum
slamat pg
alhamdulillah thn nie aku diberi kesempatan bertemu dgn Sya'ban lg
selangkah ke Ramadhan
mak kata bln nie bulan latihan utk puasa
nnt nk Ramadhan kite dh biasa
 jom kite tgk2 ape amalan2 bulan Sya'ban


i.  Memperbanyakkan puasa sunat. 


Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 


Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

so tahun nie arini 21/6/2012 adelah awal khamis bulan Sya'ban dan khamis terakhir bulan Sya'ban 19/7/2012 (ati take note ok!!)


Apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?

Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam an-Nasai)

PUASA SELEPAS NISFU SYA’BAN

Sabda Nabi s.a.w.;

“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Berdasarkan hadis ini dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban bermula dari tanggal 16 haribulan hinggalah akhir bulan terutamanya sehari atau dua hari sebelum Ramahan (termasuklah hari Syak yang akan disebutkan nanti), sama ada puasa sunat atau puasa kerana ihtiyat (yakni dengan niat puasa Ramadhan sebagai berhati-hati) yang kebiasaannya berlaku di penghujung Sya’ban. Menurut Imam ar-Ruyani; mendahului Ramadhan dengan puasa selepas nisfu Sya’ban hukumnya adalah makruh. Adapun sehari atau dua hari sebelumnya, maka hukumnya adalah haram.

Namun menurut ulamak dikecualikan dari larangan berpuasa selepas Nisfu Sya’ban di atas orang-orang berikut;

1. Orang yang menyambung puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya’ban masuk separuh kedua (yakni sebelum tanggal 16 haribulan) sekurang-kurangnya puasa pada hari nisfu Sya’ban. Dan disyaratkan puasanya itu berterusan hinggalah ke penghujung Sya’ban.

2. Orang yang mempunyai kebiasaan puasa tertentu seperti puasa isnin dan khamis, puasa selang sehari atau puasa ad-dahri, kemudian puasanya itu secara kebetulannya melintasi hari-hari selepas nisfu Sya’ban.

3. Orang-orang yang berpuasa dengan bersebab seperti nazar, kaffarah atau Qadha’ (termasuklah qadha’ puasa sunat).

PUASA SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN

Dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdalilkan sabda Rasulullah s.a.w. iaitu;

“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”.  (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Sebahagian ulama’ berpendapat; pengharaman tersebut adalah dengan niat ihtiyat kepada Ramadhan. Namun bagi ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie; pengharaman tersebut merangkumi juga puasa sunat kecuali dalam bagi tiga orang yang disebut tadi; 
1. Orang yang menyambung puasa yang dilakukan sebelumnya
2. Orang yang puasa kerana kebetulan dengan kebiasaan berpuasanya.
3. Orang berpuasa dengan bersebab seperti puasa Qadha, Nazar dan sebagainya.

PUASA HARI SYAK

Dilarang berpuasa pada hari syak berdalilkan hadis dari ‘Ammar bin Yasir r.a. yang menceritakan;

“Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Hari syak ialah hari ke 30 Sya’ban yang timbul syak atau keraguan di kalangan orang ramai; apakah ia masih bulan Sya’ban atau telah masuk bulan Ramadhan? Keraguan itu timbul kerana ada suara-suara yang memperkata atau menghebohkan bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan, namun tidak ada saksi yang adil atau yang boleh diterima yang memberitahu atau mendakwa ia melihat anak bulan itu. Hari syak ini diharamkan berpuasa sama ada dengan niat puasa Ramadhan sebagai ihtiyaht (yakni berhati-hati) atau puasa sunat. Jika ada yang berpuasa juga pada hari syak, puasanya batal dan ia berdosa. Walau bagaimanapun, dikecualikan larangan tersebut dari tiga orang yang disebut tadi.



ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.


 Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 

iii. Bertaubat 


iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. 




Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang diberkati. Kelebihannya disebut oleh banyak hadis yang saling menguatkan antara satu sama lain mengangkat darjahnya kepada hasan dan kuat. Oleh itu, memberi perhatian kepada malam itu dan menghidupkannya merupakan tanda kecintaan kepada agama tanpa diragui lagi. Ini setelah kita mengenepikan hadis-hadis yang dhaif atau maudhuk berkenaan kelebihan malam tersebut.

Di antara hadis-hadis yang ada bagi kelebihan malam tersebut;

A) Hadis dari Ummul Mukminin Aisyah r.a. yang menceritakan; Suatu malam aku mendapati Rasulullah tiada bersamaku, lalu aku keluar mencari beliau. Aku menemuinya di perkuburan al-Baqi’ sedang mendongak kepalanya ke langit, lalu baginda berkata kepadaku; “Wahai Aisyah, apakah kamu khuatir Allah dan RasulNya akan menganiayai kamu”. Aku menjawab; “Aku tidak rasa begitu, akan tetapi aku mengangka kamu keluar ke rumah isteri kamu yang lain”. Lalu Nabi bersabda; “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah Taala turun ke langit dunia, lalu Dia mengampunkan hambanya lebih ramai dari bilangan bulu kambing milik kabilah Kalb (*Kabilah al-Kalbi; satu kabilah di kalangan orang Arab yang paling banyak membela kambing) (HR Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).

B) Hadis dari Mu’az bin Jabal yang menceritakan; Nabi s.a.w. Bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya. Lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama” (HR Imam at-Thabrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).

C) Hadis dari Ali bin Thalib r.a. yang menceritakan; Nabi bersabda; “Bila tiba malam Nisfu Sya’ban, bangunlah menghidupkan malamnya dan berpuasalah pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun pada malam itu ke langit dunia bermula dari saat terbenam matahari dan Allah berkata; Tiadakah orang yang memohon ampun untuk Aku ampuninya. Tiadakah orang yang memohon rezki untuk aku beri rezki kepadanya. Tiadakah yang ditimpa bala, untuk aku beri keselamatan untuknya. Tiadakah orang yang melakukan demikian dan demikian…hinggalah terbit fajar”. (HR Imam Ibnu Majah)

Tidak menjadi halangan untuk membaca Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib secara beramai-ramai kerana ia masuk dalam pengertian menghidupkan malam tersebut. Dalam perkara zikir, Syariat memberi keluasan kepada umat Islam. Mengkhaskan beberapa tempat tertentu dan masa-masa tertentu untuk beramal soleh secara berterusan merupakan suatu yang masyru’ (disyariatkan) selama pelakunya tidak mengiktiqadkan ia adalah kewajipan Syariat yang berdosa siapa meninggalkannya. Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. mengunjungi masjid Quba pada setiap hari Sabtu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). berkata Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul-Bari; “Hadis ini dengan pelbagai jalannya menunjukkan keharusan mengkhususkan hari-hari tertentu untuk melakukan amal-amal soleh tertentu dan berterusan melakukannya”. 

Berkata Imam Ibnu Rejab dalam kitabnya Lataif al-Maarif; Para ulamak dari kalangan penduduk Syam berbeza pandangan pada cara menghidupkan malam Nisfu Sya’ban itu dengan dua pendapat;

1. Pandangan pertama; Digalakkan menghidupkannya secara berjamaah di masjid, di mana Khalid bin Ma’dan (seorang Tabi’in), Luqman bin ‘Amir (seorang Tabi’in juga) dan beberapa ulamak lagi pada malam itu mereka akan memakai pakaian yang paling elok, berwangian dan bercelak dan menuju ke masjib untuk beribadah bagi menghidupkan malam tersebut. Imam Ishaq bin Rahawaih (dari kalangan Tabi’ Tabiin) turut menyetujui mereka dan ia berkata tentang menghidupkan malam Nisfu Sya’ban secara berjamaah di masjid; “Ia tidaklah bid’ah”.  Dinaqalkan darinya oleh Harb al-Kirmani dalam kitabnya al-Masail.

2. Pandangan kedua: Dimakruhkan berhimpun di masjid-masjid untuk mengerjakan solat, mendengar kisah-kisah dan berdoa, tetapi tidak makruh jika mengerjakan solat pada malam tersebut di masjid secara bersendirian. Pandangan ini merupakan pegangan Imam al-Auza’ie (Tabi’in).

Dari itu, menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan cara yang disebutkan tadi adalah disyariatkan, bukan bid’ah dan tidak dimakruhkan, dengan syarat ia dikerjakan bukan atas dasar kemestian dan kewajipan. Sekiranya ia dikerjakan dengan cara memestikan orang lain dan menganggap berdosa sesiapa yang tidak bersama mengerjakannya, pada ketika itu ia menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak pernah diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Inilah yang dimaksudkan oleh sebahagian ulamak Salaf yang memakruhkan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban secara berjamaah itu (yakni kerana mereka khuatir akan dianggap wajib oleh masyarakat). Maka jika tidak dianggap wajib, tidaklah dimakruhkan.



Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
      1) Orang yang kekal minum arak
      2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
      3) Orang yang kekal dalam zina
      4) Orang yang banyak berkelahi
      5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
      6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).



Wallahu A'lam...

Wednesday, 20 June 2012

~Birthday ayah!!~

assalamualaikum
slamat pagi
rindu nk merepek kat sini

arini nk story skit cite last weekend
16.6 aritu birthday ayah
memandangkan tgh bulan 
masing2 tgh sempit poket 
maka aku n adik brcadang nk wat kek sendiri jew
kek paling bajet hehehe

adiah plak mak beli
mak beli alat test darah utk ayah
so pas nie takde alasan la ayah taknak check darah
heheheh

so layan la pic kek n adiah ayah nie

adiah n kek ayah
in slice

akk syg ayah
akk doakan ayah pnjng umo 
murah rezeki
semoga niat ayah utk ke baitullah di makbulkan
n segala perancangan n urusan dipermudahkan..


Monday, 18 June 2012

~demam!!!!!!!~

assalamulaikum
18/6/2012
3:58am
masih takleh tido
mikirkan MrK tak sihat
MrK demam
siang td badan panas

hope esok beliau sihat la hendaknye 
beliau dh rest mlm nie
jgn lupa mkn ubat ye syg

bye




Tuesday, 12 June 2012

~D.I.Y : kad kawen~

assalamualaikum

lame nye tak update blog ( baru 2 3 ari ok )
hehehehe
mggu yg sgt2 la bz
sbb g ke melaka amik barang utk goodies bag
huhuhuh
alhamdulillah kad dh sampai fasa terakhir
fasa gam2

utk kad akwen aku pon aku DIY sendiri
amacam aku leh jd pakar ekonomi tak
hehehe

kertas utk kulit aku guna 160gm 
sbb cr serata dunia 180gm takde (ok tipu aku cr kat semban je)
akk kedai tu ckp klu gune print biasa takleh amik 220g 
sbb nnt printer jem
so aku yg mengikut nasihat dia
amik la paper 160gm
boleh la tak la keras sgt 
smpai ssh nk lipat
tak la nipis sgt smpai leh melayang layang
kire pegang tu sedang ok la
dapat beza paper dlm n kulit

utk design aku design sendiri
alhamdulillah
ade hikmah aku tak ponteng kelas cartography 
hehehe
nyampah2 pon dtg jgk kelas Prof Faridah
thanks Puan....ilmu puan sgt2 la berguna
bkn sekadar utk wat map je
wat kad kawen pon boleh
ingat lg kata Puan 
" Pasnie korang takyah tempah kad kawen...dh leh wat map sendiri "
so I'm one of ur student yg gune kan ilmu tu utk design kad kawen (bangga)

so amik mase semggu utk design kad nie
pas dh siap antara 2-3 design 
aku pon tunjuk kn kat MrK
n dia suke yg ini.....
nie basic design kad kawen kite

so aku pon proceed yg nie
actually aku design sume kad tu tema burung
tak tau nape aku suke burung plak
so basically nye same la cume orientation je la yg lain
based warna yg aku pilih cream
sbb nmpk soft sikit
hehehe

cost????
hehehe jom kire same2....



160gm ppr RM 0.14/pc bahagi 2 
sbb wat 1/2 A4 size                                                        = Rm 0.07

Inner part gune Double 4
1 rim  = 500pcs
1 rim  = RM11                                                                = Rm 0.01/ half A4 

colour printer
dh beli sekali time nk print
TQ tag..leh pakai lg                                                        = Rm  -

envelope                                                                       = Rm 0.05 
                                                     Total                = Rm 0.13 

heheheheh
amacam leh dapat tak harga tu
dgn design yg korang nak
dgn doa n kata2 yg korang nye style sendiri
dgn colourful lg
cume kualiti jela 
sbb print sendiri kan
base on printer yg korang gune la


tp.....................
ade aku kesah
org tak simpan pon kad kawen kan
yg penting map kan
k la kad yg real dh siap nnt aku upload ok
tak surprise la upload awal2
kul 530 dah
nak blk dh

till than...

bye~bye


Wednesday, 6 June 2012

~idop tak selalunya mendung~

Assalamualaikum~~
 heheheh
tajuk entry tak nak hingat erkkkkk
ye la pg2 rabu dh diduga dgn dugaan kecil
tp dugaan tu tak berpanjangan alhamdulillah
tibe2
pling~~~~~ aku dapat drawing stand!!!!!!
punye la bertahun aku n senior aku request drawing stand nie
kedekut nye main cont
tau nak untung jew
sume nk masuk dlm contract tp sedia nye taknak
ape lg senior aku n aku selaku tuan  BQ
mohon taknak hingat la
 semggu sekali kiteorg tny
akhirnye dapat jgk~~~

kemas la skit meja aku
peratus kerajinan aku bertambah 
semangat nk wat taking off
mau taknya dr bersepah............



before dapat drawing stand

meja aku penuh drawing 
so nak bentang drawing yg nk taking off dh nmpak semak
lom tgk yg bwh meja lg
tp sekarangggggg
taraaaaaa.......


after dh hang drawing yg sepah



arini jgk aku kemas sume drawing
sort ikot building
haaa semangat la skit
bkn takat stand skali dgn table tray dia bg
tak la safety helmet aku tu di kaki diam nye
(abaikan bekal n botol air ye...org nk jimat2 nie)
hehehehe

stand tu kiteorg letak betul2 kat blakang aku duduk
mmg sgt2 mudah la keje aku
takyah nk jalan jauh2 g amik drawing 
(malas gile minah nie)

dekat kan kan kan...sebelah meja aku tu model projek nie...
yg sebelah depan sane tu discussion area

stand keygsn ku sbb wat meja aku tak semak

ape pon hanger tak cukup
wajib request
tgk la ko main cont nk control duit sgt kan
hehehe
nie aku tgh taking off WBLFF
ape tu???
keje bawah tanah.... =)

comel tak saya warna
 k la nak g lunch dgn mak nie 
pastu g beli cat bilik

bye~bye


~alhamdulillah dugaan~

Assalamualaikum..

dugaan pagi rabu nie 
alhamdulillah aku tertanggung lg
sampai je kat opis br perasan wallet takde
ayah plak suh beli cat bilik
nak taknak kena blk umah amik wallet
masuk je kereta
start je engine 

Ya Allah~~
minyak berkelip2
aduh tetiba cuak jew
mau tak nye dr opis ke rumah ade la dlm 15Km
huhuhu
cuak gak aku tp tawakal je la
bwk paling slow dgn tak pasang a/c
sabo je la
sampai je umah trus capai wallet
nk g shell dr umah tu ade la dlm 6Km
sempat ke tak.....sempat ke tak

dgn penuh slow motion nye aku bwk kereta
alhamdulillah sampai jgk kat shell
truas aku isi rm50
amik ko....
hehehehe

ape pon aku bersyukur
tiap dugaan yg Allah turunkan kat aku
aku punya kekuatan utk harungi nya
dan aku berdoa dan berharap kekuatan aku 
akan terus bertambah utk diduga pada masa akan datang
sbb tujuan kite sebagai hamba Nya di bumi Allah ni adalah utk diuji

k la bykkan berdoa dan tawakal pada Nya sekiranya diuji


=)


bye~bye

Tuesday, 5 June 2012

~nape saya sayang dia?? Part 4~

assalamualaikum


mcm ne leh terkeluar idea nak nikah tahun nie???
hehehehe
pada  mggu pertama bln March 2012
MrK jmpe parents aku
hehehe sesi kenal2 sape anak dia berkawan
ok jmpe 1st time dh cite pasal tawen2
nasihat yg byk dari mak

MrK luahkan hasrat utk sunting aku
blushing gile
tp tarikh nye tak ttp lg la
pape pon beliau kena bincang2 dgn org tua beliau

beberapa mggu selepas tu....
maka setelah perbincangan
MrK setuju dgn cadangan my mak utk wat bln 8
hahhhh!!!! terkejut tp hapy 
mau taknye aku bajet nk nikah tahun depan January or February
tp di cepat kan 
hehehehe yeah !!!! (duduk sopan tp dlm hati lompat bintang)

maka pada 11 April 2012 
rombongan dari MrK utk merisik aku pon dtg
hehehehe
cincin di jari di sarung oleh anyah MrK
tanda aku telah di cop oleh MrK

skang kami same2
membuat persiapan utk majlis kami 
insyallah Ogos 2012
tarikh tgggguuuuuuuuuuu
harap di permudahkan segalanya

dan sehingga sekarang aku masih proses mengenali beliau
masih menyintai beliau
masih menyayangi beliau
masih kasih akan beliau
sehingga ke akhir nafas ku insyallah
dan aku berharap aku la ketua bidadari beliau di syurga kelak
ape yg saje sejarah beliau aku tak peduli 
kerana aku adalah insan di masa hadapan beliau


aku bersyukur dapat merasakan kasih sayang beliau 
tanpa belah bahagi
tanpa dakwa dakwi lg
hanya aku je dlm hati beliau 
sebaik mungkin beliau berusaha membahagiakan aku
walaupon kadang2 aku ngade2 nk cemburu2
hehehe


kenapa aku sayang kan beliau ????

aku pon tiada jawapan nye
kerana kasih syg aku hadir untuk beliau tanpa di paksa...
pintu hatiku terbuka utk beliau......
tulus dan ikhlas dari hati aku........
kerana Allah taala~~




Ya Allah permudahkan la segala urusan 
berkati hubungan kami
satukan kasih syg kami
kuatkan cinta kami sehingga akhir nafas kami
tabahkan hati kami ketika badai melanda
amin...



~kite syg awk sgt2 tau~

~nape saya sayang dia?? Part 3~

Assalamualaikum
sepanjang perkenalan aku dgn MrK 
kami tak penah jmpe
sampai satu ketika aku mengalami waktu2 sukar
sampai aku lost contact dgn sume org
time hampir2 raya 2011
aku tak tahu nape aku leh ter PM kat MrK dlm FB
aku terang kan mane aku ilang selama nie
dr situ la MrK dapat no baru aku
hehehehe (tak malu aku nie)

lepas raya aku mula semesta baru 
tiap selasa  aku akan ulang alik ke shah alam

tak tau nape tergerak hati nk jmpe MrK
sblum nie aku ade jgk la nk jmpe 
tp manjang tak jadi (jual mahal kata MrK)
so pada 27.9.2011
aku first time jmpe MrK
kiteorg jmpe2 minum2
tak sampai 1 jam pon
kire kejap sgt2 la

first time jmpe MrK 
aku dh rase senang
mcm dh biasa jmpe
hapy sgt2
communication di teruskan lagi melalui call n sms
lame2 MrK meluahkan 
isi hati dia
aku dgn bunga2 sambil tersenyum kat HP 
 tak terkata hapy nye
mcm MrK tahu ape yg aku nk ckp
maka nye aku pon meluahkan yg aku suka jgk kat MrK (cewahhhhhhhhhhhh)
tp aku pon compius sbb MrK kan ade Cik X
maka dia buka cite n aku pon buka cite (ape cite tu rahsia)
yeah!!!! kami berdua single mingle
yg special nye kami nie
taktau bile couple 
sbb perasaan tu dtg sendiri
n makin lame makin rapat
makin mesra dari pggl adik ke ayg!!!!!
hehehehe ( dlm hati ade taman bunga siap rama2)
bile tny~~
"abg bile tarikh kite couple....? nnt nk sambut kite tak tahu"
"amik je tarikh nikah kite"

huhuhu terharu time tu (mata masuk abuk)
tp kami sgt jarang berjumpe
cedih kan kan kan

jarang jmpe??? mcm ne leh nak nikah???

hehehehe to be cont lg....